Pehin Haji Awang Salim dilantik Ketua Hakim Syarie

Pehin Haji Awang Salim dilantik Ketua Hakim Syarie

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – Majlis Ugama Islam memaklumkan bahawa pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan melantik Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Pemangku Ketua Hakim Syar’ie sebagai Ketua Hakim Syarie dibawah Bab 8 (1) Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah, Penggal 184.

Baginda Sultan juga turut berkenan melantik Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, Timbalan Mufti Kerajaan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dibawah Bab 9 dari Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah, Penggal 184.

Tarikh lantikan mereka berkuatkuasa 1 September 2015.

ARTIKEL YANG SAMA