Pehin Hasrin ...

Pehin Hasrin dilantik YDP POLSARA

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu telah diumumkan sebagai Yang Di-Pertua baru Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei Yang Bersara (POLSARA) bagi sesi 2017/2018.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Yang Di-Pertua POLSARA sesi sebelumnya, Pengiran Dato Paduka Haji Salim bin Pengiran Wahid pada Mesyuarat Agong ke-13 POLSARA yang berlangsung di No C6, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah mantan-mantan Pesuruhjaya Polis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Awang Besar serta ahli-ahli lainnya.