Pejabat Google Paris diserbu

Pejabat Google Paris diserbu

PARIS, 25 Mei – Polis Perancis menggeledah pejabat firma gergasi internet Amerika Syarikat (AS) di Paris sebagai sebahagian siasatan mengenai penipuan cukai.

Sumber polis berkata, pihak berkuasa Perancis percaya Google masih mempunyai cukai tidak berbayar berjumlah 1.6 bilion euro (AS$1.7 bilion).

Google antara beberapa firma antarabangsa yang didakwa membayar cukai paling rendah dengan mengalihkan pendapatan merentasi sempadan dalam apa yang dinamakan pengurusan kewangan dalam web yang kompleks.

Operasi ibu pejabat bagi sektor Eropahnya Ireland, didakwa antara yang terendah cukai pendapatannya korporatnya.

Google Perancis menerima amaran mengenai penyiasatan itu pada Mac 2014 lagi, namun mereka tidak dapat memberikan sebarang angka yang tepat. – AFP