Pejabat Hal Ehwal Ugama hulur sumbangan

Pejabat Hal Ehwal Ugama hulur sumbangan

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 18 Feb – Sebuah keluarga seramai 10 orang yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Kampung Menengah baru-baru ini, telah menerima sumbangan dari Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong, hari ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Abdullah bin Namit.

Kejadian pada 10 Februari lalu itu telah meranapkan rumah Awang Bakir bin Haji Gafar dan isteri serta lapan ahli keluarganya dikatakan tinggal sehelai sepinggang.

Haji Mokhtar ketika menerima sumbangan daripada Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong.
Haji Mokhtar ketika menerima sumbangan daripada Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong.

Jiran-jiran turut menghulurkan sumbangan buat keluarga berkenaan terutamanya cucu-cucu mangsa yang kehilangan buku-buku serta kelengkapan persekolahan.

Mangsa kini ditempatkan sementara di rumah Haji Osman bin Haji Mokhtar yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA