Pejabat KDYMM bertahlil di Kubah Makam Diraja

Pejabat KDYMM bertahlil di Kubah Makam Diraja

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Majlis bertahlil sempena bulan Ramadan Al-Mubarak terus diadakan khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Kelmarin, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini.

Hadir menyertai majlis keagamaan itu ialah Grand Chamberlain Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; Timbalan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Dato Paduka Haji Hamidon bin Haji Ibra-him serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Rombongan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Rombongan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA