Pejabat Ketua Menteri Delhi digeledah

Pejabat Ketua Menteri Delhi digeledah

NEW DELHI, 15 Dis (AFP) – Ketua Menteri New Delhi Arvind Kejriwal berkata pejabatnya diserbu dan digeledah oleh sekumpulan penyiasat persekutuan hari ini, sambil menuduh Perdana Menteri Narendra Modi melancarkan tindak balas politik ke atas pentadbirannya.

“Biro Penyiasatan Pusat (CBI) menyerbu dan menggeledah pejabat saya,” pemimpin Parti Aam Admi (AAP) yang anti-rasuah, Kejriwal berkata melalui akaun Twitternya.

“Apabila Modi tidak dapat mengendalikan saya secara politik, dia menukar taktik kepada cara yang pengecut ini.”

Anggota media menunggu di bahagian luar Bangunan Secretariat Delhi yang menempatkan pejhabat Ketua Menteri Arvind Kejriwal dan para pegawai kanan lain di New Delhi, India, pada 15 Disember 2015. – Reuters
Anggota media menunggu di bahagian luar Bangunan Secretariat Delhi yang menempatkan pejhabat Ketua Menteri Arvind Kejriwal dan para pegawai kanan lain di New Delhi, India, pada 15 Disember 2015. – Reuters

Tiada sebatang ulasan segera daripada CBI, tetapi televisyen India memetik sumber-sumber CBI sebagai berkata serbuan itu adalah ke atas ketua setiausaha Kejriwal, Rajendra Kumar.

Kejriwal dan Modi adalah musuh ketat dan malah saling bertanding dalam pilihan raya umum tahun lepas di kawasan undangan Varanasi.

Walaupun Kejriwal ditewaskan oleh Modi dalam pilihan raya umum, beliau kemudian meraih kejayaan besar dalam pilihan raya negeri Delhi pada awal tahun ini dengan menumpaskan calon parti pimpinan Modi, Parti Bharatiya Janata.

ARTIKEL YANG SAMA