Pejabat Merkel ditutup akibat peti mencurigakan

Pejabat Merkel ditutup akibat peti mencurigakan

BERLIN, 6 Jan (Reuters) – Polis menutup pejabat Canselor Jerman, Angela Merkel, bagi memeriksa peti yang mencurigakan semasa menteri-menteri berkumpul bagi mesyuarat kabinet dalam bangunan awal hari Rabu.

Menteri-menteri meneruskan mesyuarat mereka selepas polis mengepung kawasan sekitar Canselor di pusat bandar Berlin, kata seorang saksi Reuters.

Empat plastik peti pos yang berwarna kuning dibiarkan di luar pintu masuk, kata saksi.

“Kami sedang menyiasat peti yang mencurigakan,” kata jurucakap Polis Persekutuan Jerman kepada Reuters.

Pegawai sedang menunggu pakar penyiasat bagi siasatan lanjut bungkusan itu, katanya.

Polis mengambil peti kuning yang mencurigakan berdekatan dewan Canselor di Berlin, Jerman. – Reuters
Polis mengambil peti kuning yang mencurigakan berdekatan dewan Canselor di Berlin, Jerman. – Reuters

Pada tahun 2010, polis menemui bungkusan yang mengandungi bahan letupan dihantar dari Greece ke pejabat Merkel.

Eropah menempuh tahun 2016 dalam keadaan berjaga-jaga yang tinggi, tujuh minggu selepas militan Islam membunuh 130 orang dalam kejadian tembakan dan letupan berani mati di seluruh Paris.

Kejadian itu berikutan kebimbangan keselamatan dalam tahun baru selepas polis menerima maklumat bahawa militan Iraq dan Syria merancang untuk membuat serangan di Munich.