Pejabat Merkel mangsa serangan siber

Pejabat Merkel mangsa serangan siber

BERLIN, 14 Jun – Sebuah komputer di pejabat perundangan Canselor Jerman, Angela Merkel menjadi mangsa serangan siber yang menyasarkan Dewan Rakyat Parlimen Negara itu pada Mei, lapor akhbar Bild hari ini.

Akhbar harian itu yang tidak menyatakan sumber-sumbernya, berkata serangan siber tersebut adalah lebih luas dan hebat berbanding tanggapan asal sehingga Bundestag terpaksa berhempas pulas untuk mengawalnya.

Serangan itu “menjangkiti” salah sebuah komputer di pejabat Bundestag Merkel. Bild berkata komputer itu adalah salah satu yang pertama kali serangan virus stail Trojan Horse ditemui.

Menurut akhbar itu, penemuan itu dibuat pada Jumaat lepas, dengan pegawai-pegawai menemui perisian Trojan Horse di lima buah komputer di Bundestag.

Jurucakap blok konservatif CDU Merkel memberitahu akhbar berkenaan beliau tidak dapat “mengesahkan atau menafikan” laporan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA