Pejabat Peguam Negara meriahkan penghujung Syawal

Pejabat Peguam Negara meriahkan penghujung Syawal

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Bulan Syawal telah pun sampai ke penghujungnya, namun hari terakhir Sambutan Hari Raya Aidilfitri, hari ini, tetap meriah dengan majlis-majlis sambutan oleh pelbagai pihak termasuk Pejabat Peguam Negara yang mengadakannya di Dewan Jubli Emas Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah.

Berkenan berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Penasihat Undang-Undang.

Turut hadir ialah Peguam Negara, Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh, Peguam Cara Negara, Dayang Naimah bin Mohd Ali serta pegawai dan kakitangan di Pejabat Peguam Negara dan keluarga.

Majlis yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pejabat Peguam Negara itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan pejabat berkenaan serta ahli keluarga mereka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri, serta mewujudkan semangat keharmonian dan semangat kerjasama di pejabat itu.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Hari Raya Pejabat Peguam Negara.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Hari Raya Pejabat Peguam Negara.
Antara mereka yang hadir di majlis Sambutan Hari Raya Pejabat Peguam Negara.
Antara mereka yang hadir di majlis Sambutan Hari Raya Pejabat Peguam Negara.

Tema sambutan tahun ini ialah “Celebrating Aidilfitri…The ASEAN Way”, yang dipilih memandangkan Hari Raya adalah salah satu perayaan yang disambut di seluruh dunia, ia juga melambangkan nilai-nilai kekeluargaan, perpaduan dan menghormati satu sama yang lain.

Majlis berkenaan dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara, cabutan bertuah di samping itu disajikan pelbagai juadah terkenal dari negara-negara ASEAN.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian piala kepada pemenang-pemenang kejohanan sukan antara rumah yang telah berlangsung pada bulan November hingga Jun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA