Pejabat Peguam Negara rai Hijrah

Pejabat Peguam Negara rai Hijrah

Oleh Rokiah Mahmud

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Pejabat Peguam Negara, hari ini, meraikan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437 dengan mengadakan majlis ceramah keagamaan yang berlangsung di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di sini.

Berangkat hadir ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah.

Turut hadir ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh, Peguam Cara Negara, Dayang Naimah binti Mohd Ali dan para pegawai serta kakitangan Pejabat Peguam Negara.

Yang Teramat Mulia dan Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati ketika menghadiri majlis sambutan.
Yang Teramat Mulia dan Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati ketika menghadiri majlis sambutan.
Awang Mohd Khairul menyampaikan ceramah.
Awang Mohd Khairul menyampaikan ceramah.
Antara yang menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah Pejabat Peguam Negara.
Antara yang menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah Pejabat Peguam Negara.

Pengerusi jawatankuasa majlis berkenaan, Dayang Zuraini binti Haji Sharbawi berkata, majlis itu diadakan bagi memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

Pada majlis itu, ceramah bertajuk ‘Berhijrah Untuk’ telah disampaikan oleh penceramah dari Pusat Pengajian Islam Sultan Omar Ali Saifuddien (SOASCIS), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Awang Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

ARTIKEL YANG SAMA