Pejabat Peguam Negara semarakkan Hari Keluarga

Pejabat Peguam Negara semarakkan Hari Keluarga

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Pejabat Peguam Negara di bawah kendalian Bahagian Penggubalan Undang-undang, Bahagian Penyelidikan dan Penelitian Undang-undang dan Bahagian Pentadbiran serta Kewangan, seperti tahun-tahun sebelumnya juga tidak ketinggalan menyemarakkan Hari Keluarga Kebangsaan dengan mengadakan sambutan di perkarangan Bangunan Undang-undang, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Peguam Negara Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh. Turut hadir ialah Penguamcara Negara, Puan Naimah binti Mohd Ali serta pegawai dan kakitangan di Pejabat Peguam Negara serta keluarga mereka.

Sambutan Hari Keluarga tahun ini turut diserikan lagi dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti sesi senamrobik, zumba, pertandingan Mummy Wrap bagi kanak-kanak dan dewasa, pertandingan Signature Hunt bagi dewasa, pertandingan Masterchef bagi kanak-kanak, pertandingan tarik kalat bagi dewasa dan bermacam-macam lagi.

Sambutan diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan serta keluarga warga Pejabat Peguam Negara.

Ia juga bagi mendukung wawasan Hari Keluarga Kebangsaan untuk menjadikan negara ini sebuah negara Baldatun Thayyibatun, Warabbun Ghafur.

Yang Berhormat Datin Hajah Hayati menyaksikan pertandingan Masterchef kanak-kanak.
Yang Berhormat Datin Hajah Hayati menyaksikan pertandingan Masterchef kanak-kanak.
Yang Berhormat Datin Hajah Hayati (tiga dari kanan) bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan di Pejabat Peguam Negara.
Yang Berhormat Datin Hajah Hayati (tiga dari kanan) bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan di Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA