Pejabat Peguam Negara semarakkan Israk Mikraj

Pejabat Peguam Negara semarakkan Israk Mikraj

Oleh Rafidah Jumat

Gambar oleh Dean Kassim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Pejabat Peguam Negara, semalam, telah mengadakan sambutan Israk dan Mikraj di majlis yang berlangsung di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

Turut hadir, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Mohammed Al-Mokhtar bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Majlis anjuran jawatankuasa acara-acara keagamaan pejabat berkenaan turut dimuatkan dengan ceramah khas bertema ‘Sembahyang Penyelamat Kita’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

Datin Hajah Hayati dan YAM Pengiran Anak Mohammed Al-Mokhtar ketika menghadiri majlis sambutan itu.
Datin Hajah Hayati dan YAM Pengiran Anak Mohammed Al-Mokhtar ketika menghadiri majlis sambutan itu.
Ceramah sempena sambutan Israk dan Mikraj di Pejabat Peguam Negara disampaikan oleh Dr Haji Noralizam.
Ceramah sempena sambutan Israk dan Mikraj di Pejabat Peguam Negara disampaikan oleh Dr Haji Noralizam.

ARTIKEL YANG SAMA