Pejabat Peguam Negara terima kunjungan dari Bangladesh

Pejabat Peguam Negara terima kunjungan dari Bangladesh

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Pejabat Peguam Negara, hari ini, menerima lawatan rasmi daripada 22 ahli rombongan Kolej Pertahanan Bangladesh yang diketuai oleh Pengarah Kakitangan Kanan di kolej itu, Naib Marsyal Udara, M Sanaul Huq yang berada di negara ini bermula 22 hingga 26 Ogos ini.

Menurut kenyataan di sini, rombongan itu kemudian diberikan penerangan mengenai gambaran meluas mengenai Pejabat Peguam Negara dan Sistem Dwi Perundangan Brunei yang disampaikan oleh Penasihat Undang-undang, Bahagian Penggubalan dan Penyelidikan, Haji Afif Daraini bin PUKDPSS Haji Awang Badaruddin.

Lawatan rasmi tersebut diakhiri dengan pertukaran cenderahati daripada kedua-dua belah pihak. Turut hadir dalam lawatan rasmi itu ialah Penggubal Undang-undang, Dayang Alice Khan binti Ahmad Khan serta pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

Gambar ramai rombongan bersama warga Pejabat Peguam Negara.
Gambar ramai rombongan bersama warga Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA