Pejabat Peguam Negara terima kunjungan

Pejabat Peguam Negara terima kunjungan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Rombongan seramai lima orang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Peguam Negara, hari ini.

Tujuan lawatan rombongan adalah untuk mendapatkan penerangan mengenai metodologi pelaksanaan Kanun Hukuman Jenayah Syariah selari dengan perlaksanaan undang-undang Jenayah Sivil serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu undang-undang.

Semasa lawatan itu, rombongan turut menyaksikan tayangan ‘Video Korporat’ Pejabat Peguam Negara yang memberi pengenalan mengenai Pejabat Peguam Negara dan mendengarkan taklimat ringkas mengenai perlaksanaan Kanun Hukuman Jenayah Syariah seiring dengan perlaksanaan undang-undang jenayah Sivil.

Turut hadir semasa taklimat tersebut ialah Peguam cara Negara, Dayang Naimah binti Mohd Ali. Lawatan rasmi tersebut berakhir dengan pertukaran cenderahati.

Rombongan kerajaan Negeri Selangor dan pegawai-pegawai Pejabat Peguam Negara bertukar-tukar pandangan mengenai isu undang-undang.
Rombongan kerajaan Negeri Selangor dan pegawai-pegawai Pejabat Peguam Negara bertukar-tukar pandangan mengenai isu undang-undang.
Peserta rombongan dan pegawai Pejabat Peguam Negara bergambar ramai.
Peserta rombongan dan pegawai Pejabat Peguam Negara bergambar ramai.