Pejabat Peguam Negara terima lawatan pelajar, guru MDPMAMB

Pejabat Peguam Negara terima lawatan pelajar, guru MDPMAMB

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Pejabat Peguam Negara, baru-baru ini, telah menerima lawatan seramai 73 orang pelajar dan enam orang guru dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB) bertempat di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Antara tujuan lawatan adalah untuk memberikan kefahaman kepada pelajar dan pendidik mengenai tugas serta tanggungjawab di Pejabat Peguam Negara.

Selain itu, lawatan juga mendedahkan peluang pekerjaan di Pejabat Peguam Negara serta memberi peluang interaksi di antara pegawai-pegawai di Pejabat Peguam Negara dan para penuntut MDPMAMB.

Lawatan tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Peguam Cara Negara, Dayang Naimah binti Mohd Ali, kemudian diikuti dengan sesi taklimat dan menyaksikan pameran dari setiap bahagian di Pejabat Peguam Negara.

Para pelajar dan guru MDPMAMB bergambar ramai di depan Pejabat Peguam Negara.
Para pelajar dan guru MDPMAMB bergambar ramai di depan Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA