Pejabat Pos BSP operasi 3 kali seminggu

Pejabat Pos BSP operasi 3 kali seminggu

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan memaklumkan bahawa Pejabat Pos Brunei Shell Petroleum (BSP), Kuala Belait dan Pejabat Pos The Mall, Gadong akan beroperasi tiga kali seminggu mulai hari ini.

Waktu-waktu perkhidmatan adalah pada Selasa, Khamis dan Jumaat, manakala pada Isnin, Rabu, Sabtu dan Ahad, perkhidmatan di kedua-dua pejabat berkenaan ditutup, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Pos, hari ini.

Pada hari Selasa dan Khamis, perkhidmatan akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 3 petang dan perkhidmatan tradisi pos dibuka dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Manakala itu, perkhidmatan di Pejabat Pos The Mall pula dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam, dan 12 tengah hari hingga 8 malam bagi perkhidmatan tradisi pos.

Waktu perkhidmatan pada hari Jumaat di Pejabat Pos BSB pula bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan disambung semula dari jam 2 petang hingga 3 petang bagi perkhidmatan agensi dan 8 pagi hingga 11:30 pagi dan disambung semula dari jam 2 petang hingga 4 petang bagi perkhidmatan tradisi pos.

Sementara itu, di Pejabat Pos The Mall, ia hanya akan dibuka dari jam 2 petang hingga 7 malam bagi perkhidmatan agensi dan 2 petang hingga 8 malam bagi perkhidmatan tradisi pos.