Pejabat pos Daerah Belait ditutup sementara

Pejabat pos Daerah Belait ditutup sementara

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Jabatan Perkhidmatan Pos memaklumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan di pejabat-pejabat pos di Daerah Belait akan ditutup setengah hari pada 22 Ogos ini.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Pos, hari ini, pejabat-pejabat pos cawangan Kuala Belait, Seria, Labi dan Lumut akan dibuka semula pada sebelah petang pada hari yang sama dari 1:30 petang hingga 4:30 petang.

Penutupan ini bersempena Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA