Pejabat Pos Mentiri berpindah ke lokasi baru

Pejabat Pos Mentiri berpindah ke lokasi baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan, memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter dan penyerahan di Pejabat Pos Mentiri, akan ditutup dan dipindahkan ke lokasi baru di Unit 25, Tingkat Bawah, Bangunan Awang Haji Ibrahim, Simpang 433, Kampung Mentiri mulai 13 Jun ini.

Penutupan dan pemindahan ini adalah bagi memberikan perkhidmatan kepada orang ramai di lokasi yang lebih strategik dan mudah dikunjungi serta meningkatkan imej Jabatan Perkhidmatan Pos dengan mengadakan perkhidmatan pos di kawasan komersial.

Sehubungan dengan ini, orang ramai yang berhajat untuk mendapatkan perkhidmatan kaunter bolehlah mengunjungi cawangan baru ini, setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula 8 pagi hingga 12:15 tengah hari dan disambung 1:30 petang hingga 3 petang bagi bagi Perkhidmatan Agensi, manakala bagi Perkhidmatan Pos Tradisi bermula 8 pagi hingga 12:15 tengah hari dan 1:30 hingga 4:30 pada sebelah petang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Penolong Ketua Pos Agung, Hajah Siti Fadilah binti Haji Mohin di talian 2381212 dan Ketua Penguasa Pos, Dayang Diyana Maslina binti Haji Ahady di talian 2384423.

ARTIKEL YANG SAMA