Pejabat Pos Rimba dibuka rasmi

Pejabat Pos Rimba dibuka rasmi

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Penduduk sekitar Kampung Rimba, Gadong kini boleh menikmati pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos dengan pembukaan rasmi Pejabat Pos Rimba di Kampung Rimba, Mukim Gadong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pembukaan rasmi Pejabat Pos Rimba ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara iaitu Pengarah Urusan GHK Motors Sdn Bhd, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Penghulu Mukim Gadong ‘A’, Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin, Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, para pengarah, ketua, timbalan ketua jabatan, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan serta jemputan khas.

Ketua Pos Agung, Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim dalam ucapan alu-aluannya berkata Pejabat Pos Rimba merupakan pejabat pos ke-25 yang memberikan perkhidmatannya kepada orang ramai yang mana ia merupakan projek dalam Rancangan Kemajuan Negara ke-9 dan pembinaannya siap sepenuhnya pada 20 April 2013 serta mula memberikan perkhidmatannya kepada orang ramai pada 17 Februari 2014.

Beliau berkata bahawa cawangan Pejabat Pos Rimba memberikan perkhidmatan yang serupa dengan cawangan pejabat pos lain dan menyeru orang ramai khususnya penduduk sekitar kawasan Rimba dan Gadong supaya akan dapat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat pos berkenaan.

Pejabat Pos Rimba dibuka secara rasmi, kelmarin, di Kampung Rimba, Gadong.
Pejabat Pos Rimba dibuka secara rasmi, kelmarin, di Kampung Rimba, Gadong.
Yang Berhormat Pehin memotong reben merasmikan pembukaan Pejabat Pos Rimba, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin memotong reben merasmikan pembukaan Pejabat Pos Rimba, kelmarin.
Haji Mohamad Manan menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Haji Mohamad Manan menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Yang Berhormat Pehin melihat dengan lebih dekat kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Pos Rimba.
Yang Berhormat Pehin melihat dengan lebih dekat kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Pos Rimba.

“Saya juga menyeru kepada jabatan-jabatan kerajaan lain atau agensi-agensi swasta, yang berhasrat untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada orang ramai, dengan menggunakan pos, sebagai saluran bagi perkhidmatan mereka, kerana saya yakin, dengan memberikan perkhidmatan mereka melalui pos akan dapat menjimatkan kos pengendalian mereka.”

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan lukisan dan cap pos sempena memperingati penubuhan dan kerjasama Komuniti ASEAN yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah.

Majlis kemudian menyaksikan Yang Berhormat Pehin memotong reben bagi merasmikan pembukaan Pejabat Pos Rimba dan diberikan penerangan serta melihat dengan lebih dekat kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh cawangan pejabat pos berkenaan.

Pejabat Pos Rimba terletak di Jalan 81, Kampung Rimba Gadong, merupakan projek di bawah RKN ke-9 dengan pembinaannya menelan belanja $484,822 dan dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan lukisan dan cap pos sempena memperingati penubuhan dan kerjasama Komuniti ASEAN, di majlis perasmian Pejabat Pos Rimba, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan lukisan dan cap pos sempena memperingati penubuhan dan kerjasama Komuniti ASEAN, di majlis perasmian Pejabat Pos Rimba, kelmarin.

pg05_150527_b

Cawangan Pejabat Pos Rimba merupakan pusat perkhidmatan bagi penduduk di kawasan perumahan Rimba yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan orang ramai seperti pembaharuan lesen memandu, pembayaran bil-bil DST, Kristal-Astro, air dan juga elektrik.

Dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan itu, bukan sahaja dapat mempercepatkan waktu pemprosesan dan kecekapan bagi setiap pelanggan, ia juga berupaya membantu mengelakkan kesesakan di kaunter-kaunter perkhidmatan dan juga menawarkan pilihan kepada orang ramai.

Cawangan pejabat pos itu juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tradisi pos yang lain seperti perkhidmatan jualan setem, wang pos, produk filateli, kotak-kotak bungkusan, pengiriman EMS (Pos laju) serta pelbagai perkhidmatan lain dan dibuka setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu.

Waktu perniagaan bagi perkhidmatan tradisi adalah dari pukul 8 pagi hingga 12.15 tengah hari dan dari 1.30 petang hingga 4.30 petang.

Manakala itu, waktu perniagaan bagi perkhidmatan agensi pula dari pukul 8 pagi hingga 12.15 tengah hari dan dari pukul 1.30 petang hingga 3 petang.

Dalam hubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Pos amat mengalu-alukan orang ramai dan penduduk sekitar kawasan Rimba untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pejabat pos berkenaan dengan sepenuhnya.

ARTIKEL YANG SAMA