Pejabat terbakar, rugi $60,000

Pejabat terbakar, rugi $60,000

Oleh Hjh Saemah Kepli

 

SERIA, 27 Julai – Sebuah syarikat swasta mengalami kerugian dianggarkan berjumlah $60,000 berikutan kejadian kebakaran di pejabat syarikat berkenaan, di kawasan Kampung Tunggulian di sini, petang tadi.

Kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi di Pejabat Syarikat Wansen dilaporkan turut menyebabkan kerosakkan sebuah kereta bernilai kira-kira $3,000.

Jabatan Bomba dan Penyelamat melaporkan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2:45 petang dan anggotanya seramai 10 orang yang diketuai oleh PMK DSO Haslan tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 2:53 petang bersama sebuah jentera WRL/6.

Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak dalam masa kira-kira 3 minit dan api dipadamkan keseluruhannya dalam masa kira-kira 45 minit.

pg06_160728_a

Kejadian kebakaran pejabat sebuah syarikat swasta di Kampung Tunggulian petang kelmarin.
Kejadian kebakaran pejabat sebuah syarikat swasta di Kampung Tunggulian petang kelmarin.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai disebabkan berlebihan elektrik, bagaimanapun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan lanjut oleh pihak berkenaan.

Turut berada di tempat kejadian ialah Pemangku Penguasa Bomba dan Penyelamat selaku Pemangku Timbalan Pemerintah, Wan Julaini bin Wan Ibrahim dan pegawai penyiasat pencegah kebakaran, DSO Reduan bin Duraman.

ARTIKEL YANG SAMA