Pejabat terbuka Great Eastern Life

Pejabat terbuka Great Eastern Life

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi disambut dengan meriah di negara ini dengan majlis-majlis terbuka oleh pelbagai pihak termasuk dari sektor kerajaan mahupun swasta.

Hari ini, Great Eastern Life Brunei juga tidak terkecuali mengadakan majlis pejabat terbuka untuk tetamu mereka yang diadakan di premis Great Eastern, Kiulap, di mana lebih 100 orang tetamu terdiri daripada pemegang polisi, perancang, rakan perniagaan dan tetamu yang lain hadir di majlis tersebut sambil beramah mesra dengan Ketua Cawangan Brunei Great Eastern, Caroline Sim.

Majlis itu diserikan dengan penyediaan jamuan istimewa kek tradisi dan kari lontong sebagai tanda penghargaan kepada tetamunya.

Caroline Sim bergambar ramai bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pejabat Terbuka Great Eastern.
Caroline Sim bergambar ramai bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pejabat Terbuka Great Eastern.
Antara yang hadir pada pejabat terbuka itu.
Antara yang hadir pada pejabat terbuka itu.

ARTIKEL YANG SAMA