Pejabat terbuka Great Eastern Life Brunei 28 Julai ini

Pejabat terbuka Great Eastern Life Brunei 28 Julai ini

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Bagi menyemarakkan lagi bulan Syawal yang kini memasuki minggu terakhir, Great Eastern Life Brunei akan mengadakan pejabat terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pejabat cawangan Kiulap pada 28 Julai ini bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang.

Sehubungan itu, semua pemegang polisi, kakitangan, perancang kehidupan (life planners) dan rakan kongsi perniagaan dijemput untuk menghadiri majlis tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Acara itu diadakan sebagai tanda penghargaan Great Eastern Life Brunei kepada pemegang polisi, rakan-rakan kongsi perniagaan, perancang kehidupan dan kakitangan atas sokongan berterusan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA