Pejabat terbuka Hari Raya Tourism Malaysia meriah

Pejabat terbuka Hari Raya Tourism Malaysia meriah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Walaupun Sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah hampir masuk minggu ketiga di bulan Syawal tapi kemeriahannya masih lagi dirasakan oleh segenap umat Islam di negara ini dan ini ditambah lagi dengan majlis rumah dan pejabat terbuka.

Dalam kemeriahan itu, pejabat Tourism Malaysia di Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali mengalu-alukan tetamunya dengan hidangan istimewa pada majlis Pejabat Terbuka di The Rizqun International Hotel di Gadong, hari ini.

Turut hadir bagi memeriahkan suasana ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Awang Sahak bin Haji Awang Salleh serta isteri.

Pejabat Terbuka itu antara lain bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri di samping beramah mesra dengan tetamu dan pelanggan mereka.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Awang Sahak bersama para tetamu yang lain.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Awang Sahak bersama para tetamu yang lain.
Suasana Pejabat Terbuka Tourism Malaysia diadakan dengan penuh meriah.
Suasana Pejabat Terbuka Tourism Malaysia diadakan dengan penuh meriah.

ARTIKEL YANG SAMA