Pejabat Terbuka TelBru eratkan silaturahim

Pejabat Terbuka TelBru eratkan silaturahim

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Bagi memeriahkan lagi suasana Aidilfitri di bulan Syawal ini, TelBru telah mengadakan Majlis Pejabat Terbuka bagi pegawai, kakitangan dan pelanggannya yang berlangsung di cawangan TelBru, Giant Rimba, hari ini.

Hadir bagi mengalu-alukan para pelanggan yang datang di cawangan TelBru Giant Rimba ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, Dayang Nurhabriah Eliza binti Abdullah. Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan TelBru di cawangan berkenaan.

Pejabat Terbuka TelBru ini bertujuan untuk menghargai kesetiaan dan sokongan berterusan pihak berkepentingan dan pelanggan di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan TelBru dengan para pelanggannya.

Sesi bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan TelBru di cawangan terbaru TelBru yang bertempat di Giant Rimba.
Sesi bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan TelBru di cawangan terbaru TelBru yang bertempat di Giant Rimba.
Para pelanggan yang datang telah dijamu dengan juadah Hari Raya.
Para pelanggan yang datang telah dijamu dengan juadah Hari Raya.

ARTIKEL YANG SAMA