Pejabat Terbuka Tourism Malaysia meriah

Pejabat Terbuka Tourism Malaysia meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Sambutan Hari Raya masih lagi diadakan di sana-sini dan tidak terkecuali mengadakan pejabat terbuka ialah Pejabat Tourism Malaysia di Negara Brunei Darussalam, hari ini, yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Dayang Rafedah Abdul Aziz dan pegawai-pegawai kanan serta kakitangan pejabat itu.

Pejabat terbuka ini bertujuan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri di samping beramah mesra dengan tetamu dan pelanggan mereka. Menurut Pengarah Tourism Malaysia Brunei, Zurina Abdul Samad, sambutan Hari Raya ini juga bertujuan menambah rangkaian kerjasama dengan pemain-pemain industri lain termasuklah ejen-ejen, syarikat korporat dan pengamal media.

Zurina Abdul Samad bersama kakitangan Tourism Malaysia Brunei.
Zurina Abdul Samad bersama kakitangan Tourism Malaysia Brunei.
Zurina Abdul Samad bergambar ramai bersama pengamal media.
Zurina Abdul Samad bergambar ramai bersama pengamal media.

pg03_160729_c

ARTIKEL YANG SAMA