Pejuang IS Australia meningkat

Pejuang IS Australia meningkat

SYDNEY, 28 Sept (AFP) – Jumlah penduduk Australia yang berjuang untuk kumpulan Islam (IS) di Syria dan Iraq bertambah dua kali ganda tahun lepas, tetapi tidak dijangka terus berkembang begitu pesat, kata Menteri Luar Julie Bishop.

Australia semakin bimbang tentang keupayaan IS, juga dikenali sebagai Daesh, untuk menarik rakyat dalam konflik dan sekurang-kurangnya 20 warga dipercayai telah mati di sana.

“Kami menganggarkan terdapat kira-kira 120 rakyat Australia kini di Iraq dan Syria menyokong Daesh dan kumpulan pengganas yang lain,” Bishop memberitahu pemberita di New York lewat semalam.

“Itu adalah dua kali ganda bilangan yang dilaporkan kepada saya di sini 12 bulan yang lalu.”

Bishop berkata, anggaran itu adalah kira-kira 30,000 warga asing daripada sekurang-kurangnya 100 buah negara telah menyertai jihad kumpulan Islam itu.

Canberra juga telah membatalkan pasport dan menghalang beberapa orang daripada meninggalkan negara kerana bimbang mereka sedang menuju ke Timur Tengah untuk menyertai IS.

Menteri Australia berkata kerajaan juga mengambil berat tentang pengganas yang telah dibebaskan dari penjara di sekitar Asia, termasuk di Indonesia dan risiko yang mereka timbulkan jika ia tidak dipulihkan.

ARTIKEL YANG SAMA