Pejuang IS ternama terbunuh dalam satu serangan udara

Pejuang IS ternama terbunuh dalam satu serangan udara

WASHINGTON, 23 Jun (dpa) – Satu serangan udara Amerika Syarikat (AS) di utara Iraq dipercayai membunuh seorang ahli terkemuka kumpulan militan Negara Islam (IS), Jabatan Pertahanan memberitahu kelmarin.

Ali Awni al-Harzi terbunuh pada serangan 15 Jun di bandar Mosul, Iraq, menurut satu keterangan rasmi.

Peranannya dalam IS adalah untuk mengambil ahli baru dan membantu memudahkan perjalanan pejuang-pejuang IS ke Syria, dan dia dinamakan sebagai ketua kumpulan di rantau sempadan di antara Syria dan Turki, pihak AS berkata.

Dia juga merupakan “orang penting” yang mempunyai hubungan serangan kedutaan AS di bandar Libya di Benghazi pada September 2012, yang mana seorang duta AS telah terbunuh.

ARTIKEL YANG SAMA