Peka aspek kebersihan

Peka aspek kebersihan

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Seramai 50 orang yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga Tiris Harda iaitu keturunan Haji Abdul Rahman bin Osman dan Hajah Damit binti Othman telah mengadakan Kempen Kebersihan di Tanah Perkuburan Islam Halangan Damit, Batu Satu, Mukim Tamoi, pagi tadi

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh anak sulung Tiris Harda iaitu Haji Mohd Daud bin Haji Abdul Rahman.

Kemudian, majlis diteruskan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan dan membaik pulih kawasan kubur yang terhakis oleh hujan dan tanah susur.

Antara tujuan kempen diadakan adalah untuk menggalakkan ahli-ahli keluarga mementingkan sikap kebersihan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga sama ada yang tinggal berjauhan atau dekat dan mengingatkan ahli-ahli keluarga yang telah pun kembali ke rahmatullah.

Antara yang menyertai kempen tersebut.
Antara yang menyertai kempen tersebut.

Menurut salah seorang ahli keluarga Tiris Harda, kempen kebersihan yang diadakan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan ahli keluarga di samping mengadakan acara Hari Keluarga.

Keluarga berkenaan juga aktif mengadakan acara-acara kebesaran Islam seperti mengadakan Sambutan Awal Tahun Hijrah, pertandingan ayat-ayat lazim dan azan, mengadakan ceramah dan banyak lagi.

Dengan mengadakan pelbagai acara, ahli-ahli keluarga Tiris Harda diharap dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti secara agar jalinan keluarga Tiris Harda terus erat, jelas salah seorang daripada keluarga Tiris Harda.

ARTIKEL YANG SAMA