Peka keadaan pesakit luar bandar

Peka keadaan pesakit luar bandar

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 3 Sept – Untuk memberi pendedahan kepada para pegawai dan kakitangan supaya lebih peka kepada keadaan pesakit-pesakit luar bandar di samping menjana kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi bersama penduduk kampung, pegawai-pegawai tempatan yang baru berkhidmat di Kementerian kesihatan tahun ini telah menjalankan aktiviti ‘community outreach’ di Balai Raya, Kampung Batu Apoi, di sini, hari ini.

Aktiviti yang merupakan sebahagian daripada kursus orientasi dan induksi itu merangkumi pemeriksaan kesihatan bagi penduduk Kampung Batu Apoi dan pemberian sumbangan keperluan asasi kepada pesakit-pesakit di bawah Bahagian Kebajikan Perubatan.

Tiga orang pesakit menerima sumbangan berkenaan yang mana sumbangan tersebut disampaikan ke rumah masing-masing.

Seramai 33 orang pegawai tempatan yang baru berkhidmat di Kementerian Kesihatan menyertai kursus berkenaan.

Warga emas mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada salah seorang peserta kursus.
Warga emas mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada salah seorang peserta kursus.

ARTIKEL YANG SAMA