Pekan Bangar ...

Pekan Bangar meriah

Oleh Noorhamizan Haji Mosbi

 

TEMBURONG, 19 Mac – Acara Bangarku Ceria yang diadakan buat julung-julung kalinya di kawasan Pekan Bangar berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti dan diserikan lagi dengan kehadiran empat orang menteri yang turut serta dalam acara berbasikal.

Inisiatif untuk meramaikan dan menceriakan lagi Pekan Bangar itu dikendalikan oleh Jabatan Daerah Temburong  dengan kerjasama Kumpulan Temburong Pedallers dan agensi-agensi berkenaan telah mendapat sambutan amat menggalakkan.

Antara pengisian acara Bangarku Ceria ialah majlis tazkirah selepas solat subuh berjemaah di Masjid Utama Mohd Salleh dan acara berbasikal yang dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama sejauh 10km dari Pekan Bangar ke Kompleks Sukan Batu Apoi dan berakhir di Pekan Bangar dan kumpulan kedua sejauh 40km, dari Pekan Bangar ke Kampung Piasau-Piasau dan kembali semula ke Pekan Bangar.

Turut menyertai acara berbasikal Bangarku Ceria ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu; Pegawai Daerah Temburong, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud serta orang awam dari dalam dan luar daerah.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain (tidak kelihatan) bersama-sama orang ramai memulakan acara berbasikal di Pekan Bangar, Temburong.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain (tidak kelihatan) bersama-sama orang ramai memulakan acara berbasikal di Pekan Bangar, Temburong.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah.
Antara yang menyertai acara berbasikal semasa acara Bangarku Ceria.
Antara yang menyertai acara berbasikal semasa acara Bangarku Ceria.

Selain itu, acara jualan bagi produk Satu Kampung Satu Produk hasil daripada majlis perundingan mukim dan kampung turut diadakan bagi memeriahkan acara Bangarku Ceria.

Aktiviti sampingan lain yang turut diadakan ialah peraduan mewarna dan aktiviti sukan ria.

Acara Bangarku Ceria antara lain bertujuan untuk menarik orang ramai dari dalam dan luar daerah selain daripada mewujudkan penglibatan masyarakat.

Selain itu ia juga untuk membantu aktiviti perekonomian majlis perundingan mukim dan kampung khususnya dan penduduk Daerah Temburong di samping mengeratkan lagi kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, pihak swasta dan juga.

ARTIKEL YANG SAMA