Pekayuh negara muncul naib juara lumba perahu naga

Pekayuh negara muncul naib juara lumba perahu naga

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Pasukan Lumba Perahu Brunei Darussalam muncul sebagai Naib Juara Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa sempena Temasya Sukan Sungai 2016 kali ke-83 yang diadakan di Tanjung Cili, Alor Star, kedah.

Seramai 26 orang Pengayuh Brunei menyertai perlumbaan tersebut termasuk para pegawai teknikal Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Penyertaan tersebut juga merupakan penyertaan pasukan negara kali kedua apabila pernah menjuarai perlumbaan tersebut tahun lepas.

Pasukan Brunei menjadi naib johan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa yang diadakan di Kedah.
Pasukan Brunei menjadi naib johan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa yang diadakan di Kedah.

Penyertaan kali ini menyaksikan pasukan pelumba perahu negara berjaya menewaskan saingan hebat dari Pasukan Filipina yang menduduki di tempat ketiga, sementara juara pula dimenangi oleh Pasukan Vietnam.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Kedah Darulaman bersempena Sambutan Ulang Tahun Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adazam Shah yang ke-88 tahun itu juga disertai oleh pelumba-pelumba dari Malaysia, Hong Kong, China, Thailand dan India.

ARTIKEL YANG SAMA