Pekempen lancar tindakan gali keluar mayat Marcos

Pekempen lancar tindakan gali keluar mayat Marcos

MANILA, 21 Nov – Para pekempen melancarkan tindakan undang-undang hari ini untuk menggali keluar mayat bekas diktator Filipina Ferdinand Marcos, baru tiga hari selepas pengebumian beliau di perkuburan wira-wira negara yang mencetuskan bantahan di jalan raya.

Beliau akhirnya disemadikan pada Jumaat lalu dalam upacara rahsia di ‘Cemetery of Heroes’ (perkuburan wira-wira) dengan penghormatan ketenteraan hampir tiga dekad selepas kematiannya, yang mengundang kritikan berang yang menuduh Marcos terlibat dengan rasuah besar dan penganiayaan hak kemanusiaan.

Para anggota keluarga mangsa atas kepimpinan beliau hari ini memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya mengorek keluar mayatnya dengan mendakwa mereka tidak diberikan masa yang cukup untuk merayu perintah yang membenarkan pengebumian beliau di perkuburan itu.

“Bagaimanapun seorang perampas dan pemerintah kuku besi dan pencabul hak kemanusiaan diberikan penghormatan dikebumikan dalam upacara bagi insan-insan yang baik?” kata ahli kongres Edcel Lagman, abang kepada penentang Marcos yang telah diculik yang tidak pernah ditemui lagi.

Dua minggu lalu Mahkamah Tinggi menyokong keputusan Presiden Rodrigo Duterte untuk mengebumikan diktator itu di perkuburan wira-wira.

Bekas ahli perundangan dan ketua pembangkang, Neri Colmenares (dua, kiri) dan bekas perundangan dan bekas ketua pemberontak komunis, Satur Ocampo (dua, kanan) di samping Bonifacio Ilagan (kiri) dan peguam hak asasi kemanusiaan, Epharim Cortez (kanan) menunjukkan salinan petisyen bagi penggalian mayat Marcos di Mahkamah Tinggi di Manila pada 21 November. – AFP
Bekas ahli perundangan dan ketua pembangkang, Neri Colmenares (dua, kiri) dan bekas perundangan dan bekas ketua pemberontak komunis, Satur Ocampo (dua, kanan) di samping Bonifacio Ilagan (kiri) dan peguam hak asasi kemanusiaan, Epharim Cortez (kanan) menunjukkan salinan petisyen bagi penggalian mayat Marcos di Mahkamah Tinggi di Manila pada 21 November. – AFP

Keluarga Marcos dan kerajaan bertindak pantas selepas keputusan itu, dengan secara rahsia menerbangkan mayat Marcos yang diawetkan dari bandar kelahirannya di utara Filipina ke tanah perkuburan di Manila pada Jumaat lalu dan mengebumikannya.

Tetapi Lagman, anggota pembangkang Dewan Perwakilan, telah memfailkan usul bagi pengorekan keluar hari ini mengatakan bahawa perintah mahkamah tidak muktamad kerana para penentang tidak diberikan 15 hari untuk merayu.

“Jika kamu menggali mayat, kamu menggali keluar Marcos, kemudian usul bagi pertimbangan semula’ boleh didengarkan oleh mahkamah, Lagman memberitahu televisyen ABS-CBN.

Sebuah lagi kumpulan yang mewakili mangsa undang-undang tentera beliau pada hari ini meminta Mahkamah Tinggi menyaman keluarga Marcos dan tentera bagi penghinaan kerana mengaturkan pengebumian.

Para penentang juga mengumumkan bantahan besar-besaran di jalan raya pada Jumaat. – AFP