Pekerja Bangladesh tuntut keadilan bencana kilang runtuh

Pekerja Bangladesh tuntut keadilan bencana kilang runtuh

SAVAR, Bangladesh, 24 April – Beribu-ribu pekerja pakaian Bangladesh menuntut keadilan pada ulang tahun ketiga pada hari ini dalam salah satu bencana industri paling teruk di dunia, keruntuhan kompleks kilang Plaza Rana yang mengorbankan lebih 1,100 nyawa.

Mangsa yang selamat dalam bencana itu, kebanyakannya kehilangan anggota tubuh badan apabila bangunan sembilan tingkat meletup, meletak bunga dan menangis ketika mereka memperingati mereka yang terbunuh.

Saudara-mara mangsa yang terkorban, termasuk beberapa mangsa di mana mayat mereka tidak pernah ditemui, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa selepas berkumpul dari awal pagi di tapak di Savar di luar Dhaka.

“Tiga tahun telah berlalu dan kami masih belum melihat sebarang keadilan. Tidak ada sesiapa yang dihukum atas salah satu bencana buatan manusia paling teruk dalam sejarah,” kata pemimpin kesatuan Abul Hossain ketika beliau memimpin bantahan.

Polis telah menahan dan mendakwa pemilik bangunan dengan pembunuhan, bersama 40 orang lain, termasuk pegawai kilang dan pemeriksa kerajaan yang mengesahkan kompleks tersebut sebagai selamat.

Namun tidak ada sesiapa yang telah disabit bersalah dalam bencana itu, yang berlaku selepas beribu-ribu pekerja dipaksa memasuki bangunan untuk memulakan syif mereka meskipun timbulnya rekahan dalam tiang sehari sebelum itu.

Pekerja juga mengadakan bantahan di Dhaka pada hari ini dan di luar tanah perkuburan di mana beratus-ratus mangsa yang tidak dikenal pasti telah pun dikebumikan, untuk menuntut perbicaraan untuk mereka yang didakwa.

“Tana mesti digantung!” jerit pekerja, merujuk kepada pemilik bangunan Sohel Rana yang berpengaruh dari segi politik di Bangladesh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA