Pekerja Jepun hadapi risiko maut

Pekerja Jepun hadapi risiko maut

TOKYO, 9 Okt – Lebih daripada satu daripada lima syarikat di Jepun mempunyai pekerja yang bekerja lebih lama sehingga mereka mempunyai risiko serius yang boleh membawa kematian, menurut satu kaji selidik kerajaan terbaru.

Beratus-ratus kematian dicatatkan akibat terlalu banyak bekerja – dari strok, serangan jantung dan bunuh diri – dilaporkan setiap tahun di Jepun, bersama dengan pelbagai masalah kesihatan yang serius, mencetuskan tindakan undang-undang dan seruan untuk menangani masalah ini.

Kaji selidik itu adalah sebahagian daripada kertas putih pertama di negara ini pada ‘karoshi’, atau kematian akibat terlalu banyak bekerja, disokong oleh kabinet Perdana Menteri Shinzo Abe pada hari Jumaat.

Masih ramai yang pekerja menghabiskan lebih masa di tempat kerja di Jepun berbanding negara-negara ekonomi moden yang lain.

Gambar fail 22 Mei 2015 menunjukkan ahli perniagaan tidur di atas bangku di sebuah stesen kereta api Tokyo. – AFP
Gambar fail 22 Mei 2015 menunjukkan ahli perniagaan tidur di atas bangku di sebuah stesen kereta api Tokyo. – AFP

Menurut akhbar itu, 22.7 peratus daripada syarikat-syarikat yang ditinjau antara Disember 2015 dan Januari 2016 berkata beberapa pekerja mereka mencatatkan sebanyak 80 jam kerja lebih masa dalam sebulan – data rasmi di mana prospek kematian akibat lebihan kerja menjadi perkara yang serius.

Laporan itu menambah bahawa kira-kira 21.3 peratus daripada pekerja Jepun bekerja 49 jam atau lebih setiap minggu secara purata, jauh melebihi 16.4 peratus yang dilaporkan di Amerika Syarikat, 12.5 peratus di Britain dan 10.4 peratus di Perancis.

Kaji selidik itu membuat kesimpulan bahawa pekerja Jepun juga dilaporkan merasa tahap stres yang tinggi berkaitan dengan kerja mereka, memaksa pegawai-pegawai untuk menyeru syarikat-syarikat memperbaiki keadaan kerja mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA