Pekerja Kemboja tuntut kenaikan gaji

Pekerja Kemboja tuntut kenaikan gaji

PHNOM PENH, 1 Mei (Xinhua) – Kira-kira 1,000 pekerja Kemboja berada di jalan-jalan hari ini bagi menandakan Hari Buruh Antarabangsa ke-130, dengan gesaan bagi kenaikan gaji dan keadaan kerja yang lebih baik, kata seorang wakil kesatuan.

Pasukan pekerja yang berarak, kebanyakannya dari industri pakaian dan kasut, memegang sepanduk dan berjalan ke Dewan Negara bagi mengemukakan petisyen.

“Petisyen kami adalah untuk menyeru kerajaan untuk menaikkan gaji minimum bagi pekerja pakaian dan kasut kepada AS$207 sebulan,” kata Ath Thorn, presiden Buruh Gabungan Kemboja, yang mengetuai perhimpunan tersebut. Pada masa ini, gaji minimum bagi pekerja pakaian adalah AS$140.

AS$7 bilion bagi industri pakaian dan kasut adalah sumber pendapatan mata wang asing yang terbesar di negara itu. Sektor ini terdiri daripada 1,007 kilang-kilang dengan 754,000 pekerja.

Bagi menandakan hari itu, Perdana Menteri Hun Sen hari ini membuat lawatan ke Port Autonomi Sihanoukville di pantai wilayah Preah Sihanouk di mana beliau bertemu dengan lebih daripada 1,300 pekerja pelabuhan.