Pekerja kilang alami radang paru-paru akibat kebocoran gas klorin

Pekerja kilang alami radang paru-paru akibat kebocoran gas klorin

IPOH, 18 Sept – Seorang pekerja sebuah kilang memproses bahan kimia di sini disahkan mengalami radang paru-paru akibat terhidu gas klorinselepas berlaku kebocoran gas di kilang itu, semalam.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pekerja tersebut seorang lelaki kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Pekerja kilang berkenaan kini menggunakan alat bantuan pernafasan. Petanda penting lain seperti tekanan darah dan denyutan jantung normal.

“Kami berikannya ‘muscle relaxants’ dan biarkan dia tidur,” katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Selain itu, Dr Juita berkata seorang anggota bomba yang mengalami keletihan ketika melakukan kerja-kerja meneutralkan gas klorin berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA