Pekerja kilang bata mati tersepit dalam mesin

Pekerja kilang bata mati tersepit dalam mesin

KUCHING, 17 Nov – Seorang pekerja sebuah kilang membuat bata mati akibat tersepit di dalam mesin membuat batu bata di Kilang Bata Harmoni di Jalan Lama Landek, Kota Padawan.

Insiden pada 2:40 petang itu meragut nyawa Tien Pau Sung, 40.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, mangsa dikeluarkan pekerja lain dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dikerahkan ke tempat kejadian. Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa ke hospital. – Bernama