Pekerja Korea ikrar mogok umum

Pekerja Korea ikrar mogok umum

SEOUL, 1 Mei (AFP) – Berpuluh-puluh ribu pekerja Korea Selatan mengadakan perhimpunan May Day hari ini, dengan berikrar akan melancarkan ‘mogok umum habis-habisan’ jika kerajaan meneruskan dengan reformasi buruh yang telah dirancang.

Di tempat lain di Asia, berbelas-belas pembantah di Taiwan melontar bom asap berhampiran pejabat presiden ketika perhimpunan pekerja, manakala pembantu rumah di Hong Kong berhimpun untuk menuntut hak lebih besar.

Para pemimpin kesatuan Korea Selatan berkata lebih 100,000 orang pekerja menyertai dua perhimpunan di Seoul, manakala polis meletakkan jumlah bilangan penyertaan pada 38,000 orang.

“Kami akan menghancurkan sebarang usaha kerajaan untuk menindas hak buruh dengan mogok umum berhabis-habisan,” ketua Kesatuan Perdagangan Korea Kim Dong-Man memberitahu orang ramai di salah satu perhimpunan berhampiran parlimen.

Pentadbiran konservatif Presiden Park Geun-Hye berusaha untuk meneruskan rancangan reformasi yang menurutnya akan diperkenalkan kefleksibelan kepada pasaran buruh yang tegar, dengan menjadikan mudah digaji dan dipecat.

Polis rusuhan Korea Selatan menggunakan pemadam api dari bas mereka untuk menghentikan para pembantah yang cuba untuk menghalang sekatan semasa perarakan May Day. – AFP
Polis rusuhan Korea Selatan menggunakan pemadam api dari bas mereka untuk menghentikan para pembantah yang cuba untuk menghalang sekatan semasa perarakan May Day. – AFP

Tema serupa juga ditekankan pada satu bantahan di Taipei, yang dihadiri oleh beberapa ribu orang yang menuntut kerajaan Taiwan menggubal gaji lebih tinggi, waktu bekerja lebih pendek dan tegahan ke atas pengambilan pekerja sementara.

“Kami melontar bom asap untuk membantah dan mencemuh dasar kelam-kabut kerajaan dan ketidakmampuannya untuk menyelesaikan isu-isu seperti pengangguran dan gaji rendah, terutamanya dikalangan orang muda,” kata Han Shih-hsien, seorang penganjur bantahan. Di Hong Kong, beratus-ratus orang berhimpun untuk menyanyikan lagu dan menari yang menggesa bagi keadaan kerja yang lebih baik bagi pekerja tempatan dan hijrahan.

Nasib pembantu rumah di Hong Kong telah ditekankan ekoran kes seorang pembantu rumah warga Indonesia Erwiana Sulistyaningsih, yang dibelasah dan tidak diberi makan oleh majikannya, Law Wan-tung dalam kes yang menjadi tajuk akhbar dunia.