Pekerja menyelamat hidu nafas baru

Pekerja menyelamat hidu nafas baru

ALEPPO, Syria, 29 Feb (AFP) – Di bandar kedua Syria Aleppo, pekerja menyelamat telah mengambil kesempatan ke atas keadaan senyap untuk bermain bola sepak di luar rumah. Untuk kali pertama dalam beberapa tahun, mereka tidak mempunyai sesiapa untuk diselamatkan.

Ambulans mereka diletak berhampiran, anggota sukarelawan digelar sebagai White Helmets telah pun menikmati keadaan tenang hari ketiga gencatan senjata yang dicapai di seluruh negara.

Doktor dan pekerja kecemasan di Syria biasanya bekerja siang dan malam dalam keadaan tegang untuk memberikan penjagaan kepada mereka yang cedera.

Sejak konflik meletus pada 2011, anggota sukarelawan telah mengeluarkan orang awam daripada runtuhan selepas serangan udara dan merawat mangsa pengeboman dan tembakan penembak hendap tidak henti-henti.

Maka apabila gencatan senjata berkuat kuasa di sebahagian besar Syria pada awal Sabtu, ramai yang berasa lega.

“Terdapat masa apabila kami menerima 50 panggilan dalam setiap satu daripada 114 pusat panggilan kecemasan di seluruh Syria,” kata Abdelrahman, jurucakap untuk White Helmets.

Namun selepas pelucutan senjata bermula, beliau berkata jumlah permintaan bantuan merosot: “Kami menerima sepuluh panggilan sepanjang hari daripada semua pusat.”

Anggota sukarelawan fikir mereka mungkin bercuti sehari lagi pada minggu ini, walaupun ramai juga bimbang “ketenangan sebelum kekacauan.”

Di Twitter, White Helmets menyiar satu gambar pintu tertutup dengan satu pelekat tertampal di luar: “Ditutup kerana gencatan senjata.”

“Kami berharap pusat kami akan ditutup setiap hari, tetapi kami masih bersedia,” beritahu Abdelrahman kepada AFP.

ARTIKEL YANG SAMA