Pekerja penjara ditahan atas kesalahan bersubahat

Pekerja penjara ditahan atas kesalahan bersubahat

POLKTON, North Carolina, 29 Jun (Agensi) – Seorang pekerja di darpur di penjara North Carolina telah didakwa kelmarin atas tuduhan menolong pembunuh yang telah disabitkan melepaskan diri dalam masa pencarian banduan tersebut masih diteruskan.

Kendra Lynette Miller, 33, berhadapan beberapa dakwaan berhubungan dengan terlepasnya Kristopher McNeil Sabtu lalu, menurut Jabatan Keselamatan Awan dalam satu keterangan. McNeil, 29, dari Winston-Salem, North Carolina, dihukum atas pembunuhan degree kedua.

Pegawai penjara berkata McNeil dipercayai mendaki pagar di unit keselamatan minimum Institusi Pemulihan Brown Creek, kira-kira 45 batu timur Charlotte. Dia disabitkan pada 2009 dan dijadualkan dilepaskan pada 2018.

Polis Polkton mendakwa Miller dengan melindungi pelarian dan membantu dan bersubahat dengan pelarian. Dia juga didakwa melakukan hubungan seksual dengan banduan dan menyediakan satu telefon bimbit. Pegawai penjara Anson County bagaimanapun berkata Miller tidak mempunyai peguam. Ikat jaminnya telah ditetapkan sebanyak AS$500,000, menurut pegawai penjara.

Miller dan McNeil dipercayai telah bekerja bersama di dapur penjara, jurucakap penjara negara Pamela Walker berkata.Miller mula bekerja di penjara tersebut sejak Disember lepas.

McNeil mengaku bersalah terhadap tuduhan pembunuhan degree kedua dan memiliki satu senjata api penjahat yang disabitkan setelah didakwa ke atas pembunuhan degree pertama, menurut laporan Winston-Salem Journal pada 2009.

Dia telah membunuh Lancelot “Bobby” Muir, 44, yang ditemui ditembak mati di sepanjang sungai berdekatan rumah teman wanitanya. Muir dalam jangka waktu menunggu perbicaraan terhadap dakwaan penyeludupan kokain sewaktu pembunuhannya.

Maklumat pelarian itu tiba sedang pegawai undang-undang menembak dan menangkap dua orang pembunuh yang terlepas dari penjara kawalan ketat di utara New York tiga minggu lalu.