Pekerja taman safari Jepun maut diserang beruang

Pekerja taman safari Jepun maut diserang beruang

TOKYO, 16 Ogos – Seorang pekerja taman safari di Jepun terbunuh hari ini selepas diserang oleh seekor beruang yang tiba-tiba memanjat masuk ke dalam keretanya, kata para pegawai dan polis tempatan.

Seekor beruang besar Asia telah memanjat masuk ke dalam kereta kecil di Taman Safari Gunma, barat laut Tokyo, dan menyerang pekerja taman Kiyomi Saito di dalam keretanya, menurut jurucakap polis tempatan.

Saito, 46, mengalami kecederaan di tepi kiri dadanya dan perut dan dikejarkan ke hospital tempat dia kemudian disahkan meninggal dunia, menurut jurucakap.

“Butirannya masih lagi belum diketahui, termasuk bagaimana beruang itu masuk ke dalam keretanya,” ujarnya kepada AFP, menambah yang haiwan jantan itu berusia lima tahun dengan berat 160kg (352 paun).

Taman safari kini “di bawah siasatan polis dan tiada butiran yang dapat disahkan pada ketika ini,” kata Yusuke Yamazaki, seorang pekerja taman.

Siri serangan beruang liar menakutkan Jepun awal tahun ini, dengan empat orang telah terbunuh di bahagian utara negara itu dalam insiden berasingan di hutan pada Mei dan Jun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA