Pekerja tempatan di sektor swasta meningkat

Pekerja tempatan di sektor swasta meningkat

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Berdasarkan Banci Tahunan Majikan 2011 hingga 2014, pekerja tempatan yang bekerja di sektor swasta dalam lima kategori industri utama menunjukkan peningkatan bagi kategori pendidikan rendah dan tinggi meningkat berbanding pengambilan pekerja asing di peringkat yang sama.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (gambar) berkata trend ini menunjukkan bahawa anak tempatan mampu diserapkan ke dalam pasaran tenaga kerja.

Yang Berhormat Pehin seterusnya menambah, Industri Perlombongan dan Kuari menunjukkan peningkatan sebanyak 16.6 peratus berbanding pekerja asing iaitu 4,874 orang pekerja tempatan pada tahun 2011 yang meningkat kepada 8,464 orang pada 2014.

Sementara itu, industri Wholesale dan retail trade mencatat kenaikan sebanyak 18.1 peratus daripada 9,964 orang pekerja tempatan pada 2011 kepada 12,226 orang pada 2014.

Bagi industri hospitaliti pula mencatatkan kenaikan sebanyak 21.8 peratus iaitu daripada 3,910 orang pekerja tempatan pada 2011 meningkat kepada 5,228 orang pada 2014.

pg05_160310_a

“Industri pengangkutan pula mencatat peningkatan sebanyak 41.4 peratus iaitu 2,878 pekerja tempatan pada tahun 2011 kepada 3,669 pada 2014 dan industri Support Services mencatat kenaikan sebanyak 18.2 peratus iaitu sebanyak 8283 pekerja pada 2014 berbanding pada 2011 iaitu sebanyak 7,207 pekerja tempatan,” jelasnya lagi.

Yang Berhormat Pehin berkata kementeriannya melalui Agensi Pekerjaan Tempatan & Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan sektor swasta dalam usaha mencapai tujuan bagi memberi peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan sekali gus mengurangkan pekerja asing dalam sektor tertentu.

Beliau menekankan perkara ini semasa menjawab Musim Permesyuaratan ke-12, Majlis Mesyuarat Negara di Bangunan Dewan Majlis hari ini, dengan menjelaskan beberapa usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh APTK dalam menggalakkan anak-anak tempatan bekerja di sektor swasta seperti sistem Electronic Labour Exchange (ELX) dan Skim Latihan dan Pekerjaan (SLP).

ARTIKEL YANG SAMA