PEKERTI ‘A’ juara badminton 2016

PEKERTI ‘A’ juara badminton 2016

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Pasukan PEKERTI ‘A’ muncul juara Perlawanan Badminton Antara Cawangan-cawangan Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) 2016 apabila menewaskan pasukan PEKERTI ‘B’ dengan mata 3-0 di Kompleks Sukan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong, di sini, sebentar tadi.

Pada perlawanan akhir menyaksikan PEKERTI ‘A’ mendapat tentangan hebat daripada cawangan PEKERTI ‘B’ dengan mata 28-26, 21-13 pada perlawanan pertama, 21-5, 21-3 pada perlawanan kedua dan 21-19, 21-14 pada perlawanan ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-Pertua PEKERTI, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian piala kepada pengurus pasukan PEKERTI ‘A’ selaku juara kejohanan.
Penyampaian piala kepada pengurus pasukan PEKERTI ‘A’ selaku juara kejohanan.

Pada peringkat awal kejohanan, lima pasukan telah mengambil bahagian dan bertarung di peringkat kumpulan yang berkesudahan dengan PEKERTI ‘A’ tampil selaku pendahulu kumpulan, diikuti PEKERTI ‘B’ yang hanya berjaya mengumpul sembilan mata, tiga mata di belakang pendahulu kumpulan.

Pasukan PEKERTI ‘C’ pula berada di tempat ketiga dengan enam mata, PEKERTI ‘E’ di tempat keempat dengan tiga mata dan berada di tempat kelima adalah pasukan PEKERTI ‘D’.

ARTIKEL YANG SAMA