PEKERTI anjur Majlis Kesyukuran Puja Usia

PEKERTI anjur Majlis Kesyukuran Puja Usia

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI), semalam, telah mengadakan Majlis Solat Berjemaah dan Doa Kesyukuran Sempena Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Majlis yang berlangsung di Rumah Aman, Ibu Pejabat Polis Gadong, Bandar Seri Begawan itu dihadiri oleh isteri Pesuruhjaya Polis, Datin Hajah Rosminah binti Haji Abdul Hamid, yang juga Yang Di-Pertua PEKERTI selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa tertinggi PEKERTI, wakil-wakil dari kelima-lima cawangan PEKERTI berserta para mantan Yang Di-Pertua AJKT PEKERTI.

Ahli PEKERTI ketika mengadakan Majlis Sembahyang Berjemaah dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Ahli PEKERTI ketika mengadakan Majlis Sembahyang Berjemaah dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Majlis dimulakan dengan solat fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pengiran Hajah Halijah binti Pengiran Haji Damit dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai serta doa kesyukuran, serta diteruskan dengan solat fardu Isyak berjemaah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, majlis seumpama ini merupakan salah satu aktiviti tahunan PEKERTI dan pada tahun ini ia dikendalikan oleh Badan Keagamaan PEKERTI.

ARTIKEL YANG SAMA