PEKIMA tinjau perkembangan Islam

PEKIMA tinjau perkembangan Islam

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh PEKIMA

 

KUALA BELAIT, 9 Nov – Rombongan remaja Pertubuhan Perpaduan Kebajikan Islam Malaysia (PEKIMA) mengadakan lawatan pertama kali ke negara ini bermula Sabtu lalu sehingga hari ini.

Rombongan terdiri daripada 34 ahli PEKIMA dan kakitangannya berada di negara ini untuk melihat perkembangan Islam dan mendedahkan anak-anak PEKIMA terhadap ilmu dunia Islam di sini dan tempat-tempat lain di mana ajaran Islam berkembang pesat.

Menurut Yang Di-Pertua PEKIMA, Haji Hassan bin Haji Adam, lawatan merupakan yang kedua diadakan di luar Malaysia di mana sebelum ini mereka pernah mengadakan lawatan ke Guangzhou, China dan meninjau perkembangan Islam di sana, namun lawatan di sini adalah kali pertama untuk anak-anak warga PEKIMA.

Gambar ramai PEKIMA di Majlis Apresiasi PEMBELA.
Gambar ramai PEKIMA di Majlis Apresiasi PEMBELA.
Yang Di-Pertua PEKIMA Haji Hassan.
Yang Di-Pertua PEKIMA Haji Hassan.

Haji Hassan turut mengatakan lawatan bertujuan untuk melatih anak-anak PEKIMA membawa jiwa perpaduan dan kebajikan serta mengeratkan tali silaturahim sesama Muslim di negara ini.

Antara tempat yang mereka lawati ialah Majlis Ugama Islam Brunei dan menghadiri Majlis Ilmu.

Ahli rombongan turut diraikan dalam Majlis Apresiasi oleh Persatuan Belia Belait (PEMBELA) di Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC). Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh anak-anak PEKIMA.

ARTIKEL YANG SAMA