PEKIRA anjur walkaton amal

PEKIRA anjur walkaton amal

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Lebih 100 orang peserta telah menyertai acara Walkaton Amal Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA) yang bermula dan berakhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pelepasan acara walkaton itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan daripada Yang Di-Pertua PEKIRA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani bin Haji Ibrahim.

Dalam ucapannya, Yang Dimuliakan Pehin melahirkan perasan gembira dan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh tetamu kehormat bagi menjayakan acara tersebut.

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom (tengah) bersama Yang Dimuliakan Pehin Haji Dani (tiga, kanan) ketika menyertai walkaton.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom (tengah) bersama Yang Dimuliakan Pehin Haji Dani (tiga, kanan) ketika menyertai walkaton.

pg08_160523_c

Antara peserta yang menyertai walkaton amal pagi kelmarin.
Antara peserta yang menyertai walkaton amal pagi kelmarin.

Menurutnya lagi, sebahagian daripada hasil kutipan itu akan didermakan kepada Persatuan Kanak-kanak KACA Brunei.

Beliau juga melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak penaja yang menyumbangkan hadiah-hadiah seperti telefon bimbit, komputer, serta penginapan di Hotel Antarabangsa Rizqun dan juga barangan makanan.

Semua tajaan ini, jelasnya lagi, akan diberikan sebagai hadiah kepada para peserta yang banyak mengumpul derma dalam pusingan cabutan bertuah.

Acara seumpamanya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama ahli-ahli PEKIRA yang telah ditubuhkan sejak tahun 1996 di samping memupuk gaya hidup sihat.

ARTIKEL YANG SAMA