Pelabuhan Jade-Weser sedia terima kapal kontena besar

Pelabuhan Jade-Weser sedia terima kapal kontena besar

WILHELMSHAVEN, Jerman, 23 Ogos (AFP) – Tahun pertama terbukti permulaan yang sukar untuk satu-satunya pelabuhan perairan dalam di Jerman, pusat kontena Wilhelmshaven Jade-Weser-Port, dirasmikan pada 2012, tetapi operatornya kini berusaha menjadikannya terminal terkenal untuk kapal besar.

Ketua terminal kontena Eurogate di pantai Laut Utara Jerman, Mikkel Andersen, tersenyum tatkala beliau melihat kapal masuk dan keluar di bagan dari pejabatnya.

Di antara kapal yang berlabuh adalah sebuah kapal yang membawa kapasiti sebanyak 6,000 TEU atau “unit bersamaan dua puluh kaki” – unit ukuran dalam sektor itu.

Ia masih kecil berbanding dengan kapal besar 15,000 TEU atau lebih yang dibina khas untuk pelabuhan.

Namun meskipun telah dinilai sebagai pangkalan tentera laut terbesar Jerman dan terminal import terbesar untuk minyak mentah, Wilhemshaven – terletak kira-kira 100 kilometer dari Bremen – berharap Terminal Kontena Jade-Weser-Port akan menjadikannya sebuah terminal yang unggul di dunia.

Barisan kontena disimpan di pelabuhan Jade-Weser di Wilhelmshaven, bahagian utara Jerman pada 24 Julai 2015. – AFP
Barisan kontena disimpan di pelabuhan Jade-Weser di Wilhelmshaven, bahagian utara Jerman pada 24 Julai 2015. – AFP

Dengan pelabuhan Hamburg dan Bremerhaven tidak mampu mengendali kapal besar baru, Wilhelmshaven berusaha memberikan Rotterdam dan Antwerp memberikan kepuasan daripada usaha yang dilakukan, dan menjadi tempat persinggahan utama di Eropah untuk kapal kontena besar yang tiba dari Asia.

“Bot semakin besar, lebih panjang dan lebih tinggi” tatkala syarikat perkapalan berusaha mencapai ekonomi ikut bidangan, kata Soenke Maatsch daripada Institut Ekonomi dan Logistik Perkapalan (ISL) di Bremen.

Hanya beberapa pelabuhan di seluruh dunia yang mampu mengendali kapal kontena besar, ada kalanya berukuran sehingga 400 meter panjang, atau mempunyai kedalaman laut yang diperlukan oleh mereka untuk berlabuh.

Di Hamburg, angin dan arus boleh menjadikannya sukar untuk kapal besar berlabuh, sekali gus membawa kepada penangguhan yang boleh menjadi amat mahal untuk syarikat perkapalan.