500 juta akaun pengguna Yahoo digodam

500 juta akaun pengguna Yahoo digodam

SAN FRANCISCO, 23 Sept – Yahoo berkata semalam satu serangan besar-besaran ke atas rangkaiannya pada 2014 membenarkan penggodam mencuri data daripada setengah bilion pengguna dan mungkin telah “ditaja oleh negara.”

Yahoo, yang mengesahkan butir-butir pencabulan beberapa bulan selepas laporan penggodaman, berkata siasatannya menyimpulkan “maklumat akaun sesetengah pengguna telahpun dicuri” dan serangan datang daripada “apa yang dipercayai ditaja oleh kerajaan.”

“Berdasarkan siasatan berterusan, Yahoo percaya maklumat yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 500 juta akaun pengguna telah dicuri,” kata satu kenyataan oleh syarikat internet AS dalam apa yang merupakan pencabulan terbesar untuk satu pertubuhan.

Komen tersebut keluar selepas satu laporan pada awal tahun ini memetik seorang penyelidik keselamatan berkata kira-kira 200 juta akaun mungkin telah dimasuki dan data yang dicuri ditawarkan untuk dijual di internet.

Gambar fail 5 Jun 2014 menunjukkan orang ramai berjalan di hadapan tanda Yahoo di ibu pejabat syarikat itu di Sunnyvale, California. – AP
Gambar fail 5 Jun 2014 menunjukkan orang ramai berjalan di hadapan tanda Yahoo di ibu pejabat syarikat itu di Sunnyvale, California. – AP

Yahoo berkata maklumat yang dicuri itu mungkin termasuk nama, alamat e-mel, tarikh lahir dan kata laluan, serta soalan keselamatan yang dikod atau tanpa kod dan jawapan yang boleh membantu penggodam memecah akaun internet mangsa lain.

Sementara tidak adanya rekod rasmi mengenai pencabulan terbesar, ramai penganalisis telah menggelar penggodaman Myspace pada awal tahun ini sebagai yang terbesar setakat ini, dengan 360 juta pengguna terjejas.

Penganalisis keselamatan komputer Graham Cluley berkata data Yahoo yang dicuri “mungkin menjadi senjata berguna untuk mana-mana penggodam yang cuba memecah akaun Yahoo, atau berminat dalam meninjau sama ada pengguna mungkin telah menggunakan soalan atau jawapan keselamatan yang sama untuk melindungi diri mereka di tempat lain di laman.” Beliau berkata sementara Yahoo berkata ia percaya penggodaman ditaja oleh kerajaan, syarikat itu tidak memberikan butir-butir lanjut mengenai apa yang membuat mereka berfikir demikian. – AFP