Pelabuhan Melbourne dijual AS$7.3 bilion

Pelabuhan Melbourne dijual AS$7.3 bilion

SYDNEY, 19 Sept – Satu konsortium diketuai Australia bersama pelabur dari China telah memenangi 50 tahun pajakan bagi pelabuhan kontena dan kargo terbesar di negara itu untuk Aus$9.7 bilion (AS$7.3 bilion), aset maritim terkini yang diswastakan.

Pelabuhan Melbourne, yang mempunyai lebih daripada 3,000 kapal setahun, telah diambil oleh sebuah konsortium termasuk pengurus dana borong kedua terbesar di Australia, Queensland Investment Corporation (QIC) dan firma multinasional, Global Infrastructure Partners (GIP).

Akhbar The Australian melaporkan bahawa GIP juga bekerjasama dengan sebahagian daripada pihak dana kekayaan negara China, CIC Capital, yang mempunyai cagaran 20 peratus daripada pelabuhan itu.

Satu sumber yang rapat kepada konsortium mengesahkan kepada AFP bahawa CIC Capital telah diwakili oleh GIP tetapi tidak mendedahkan saiz pelaburannya.

Gambar fail yang diambil di Melbourne pada 31 Ogos 2004 menunjukkan sebuah kapal kontena sedang dipunggah di Pelabuhan Melbourne. – AFP
Gambar fail yang diambil di Melbourne pada 31 Ogos 2004 menunjukkan sebuah kapal kontena sedang dipunggah di Pelabuhan Melbourne. – AFP

Keputusan itu dibuat hanya beberapa bulan selepas kerajaan memperkenalkan peraturan yang ketat bagi penjualan infrastruktur milik utama Australia kepada pelabur asing swasta berikutan kebimbangan terhadap pajakan 99 tahun bagi Pelabuhan Darwin ke China Landbridge Group.

Peraturan baru yang diperkenalkan pada Mac tahun ini, menyatakan bahawa jualan infrastruktur yang berkepentingan kepada pelabur asing swasta perlu dikaji oleh badan penasihat pelaburan asing di Australia.

China merupakan sebahagian daripada konsortium yang diketuai Australia bagi mendapatkan pajakan 98 tahun pada tahun 2014 untuk pelabuhan eksport arang batu terbesar di dunia di Newcastle. – AFP