HONG KONG, 10 Mac (AFP) – Pelabur Asia mencatat keputusan positif sekali lagi hari ini, melanjutkan pemulihan global, ketika mereka mengalih tumpuan kepada mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) pada lewat hari ini yang dijangka melihat satu lagi kempen perangsang.

Namun sementara kebanyakan pasaran serantau mencatat pemulihan, Shanghai, yang dikatakan oleh penganalisis telah disokong oleh pembelian sejak beberapa hari lalu, telah merosot meskipun bacaan inflasi China yang kukuh.

Keyakinan di lantai perdagangan dewan niaga adalah positif pada bulan ini selepas satu pemulihan baru-baru ini yang telah melihat ekuiti, minyak dan mata wang yang lebih berisiko membentuk beberapa kerugian besar yang dialami pada Januari dan Februari.

Dan timbulnya harapan bahawa pemerolehan berkenaan boleh dibina selepas lembaga dasar ECB berkumpul, dengan pemerhati pasaran bertanya bagaimana, dan bukannya sama ada, mereka akan melonggarkan dasar mata wang.

Mesyuarat diadakan ketika zon euro bergelut untuk keluar daripada inflasi lemah bertahun-tahun lamanya dan pertumbuhan ekonomi yang meleset, dengan presiden bank Mario Draghi menerima tekanan untuk mencatat prestasi yang baik selepas langkah terbaru dikritik sebagai bersifat tidak bersungguh-sungguh.

“Timbulnya jangkaan kukuh kami akan melihat langkah perangsang seterusnya daripada ECB, dan soalannya adalah betapa kukuhnya perangsang berkenaan,” beritahu Chris Green, ahli strategi di firma pembrokeran dan pengurusan kekayaan First NZ Capital Group, kepada Bloomberg News.

ARTIKEL YANG SAMA